Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa cek bank berjumlah RM63,800 atas nama Zam Engineering & Construction bertarikh 22 Mac 2014 tidak dapat disahkan milik peribadi Tan Sri Shahrir Ab Samad.<br /><br />Perkara itu didedahkan Pengurus Perkhidmatan Perbankan Public Bank Berhad yang juga saksi pendakwaan ketiga, Tan Kok Kiong, 32, ketika pemeriksaan balas peguam Shazreen Mohd Hatta mewakili bekas Pengerusi Felda itu.
